Aug 21, 2008

Zagazig yang sepi


First of all, mohon maaf for being idle for quite some time. Hampir sebulan hidup tak berkomputer. Susahnya hidup.. macam burung patah sayap. Terpaksalah tumpang komputer ahli bait bila nak guna internet. Tu pon kejap-kejap je la. Thank you yana.. =) Hampir sebulan komputer kena tahan untuk dirawat, akhirnya komputer ni kembali ke pemiliknya… alhamdulillah~~

Cuti pun dah hampir masuk pertengahannya. Sibuknya kalah sibuk waktu kuliah. Macam-macam program masa cuti ni. Pergi Cairo dah macam pergi suq (pasar) je.. kadang-kadang terpaksa travel malam demi mengejar kelas di paginya. Terpaksa la tebal muka minta khidmat musyrif. Syukran kathir pada muysrif yang berjasa. Inilah hidup kami hari-hari di sini. Ke mana pun berempat je; aku, Husna, Liyana & Amirah. Yang lain? Semuanya sedang bercuti di Malaysia. Sepi jadinya zagazig tak ada orang. Kami berempat pulak selalu ke Cairo. Bila ada kat rumah rasa sunyi je.. tak ada Kay yang suka kacau orang, pegi beit Hawa pon kawan ngan ikan-ikan dalam akuarium tu je.. hehe.. sesekali kami menjenguk kak Pae nun kat salam.. baby k.pae dah tak sabar-sabar nak kuar tu.. nak raye skali ngan acik-acik die.. mm.. untuk korang2 yang kat Malaysia tu.. cepat2 la balik sini… rindu riuh rendah korang.. =(

Tapi takpe.. kalau diorang sume sibuk jalan-jalan kat Malaysia, kami kat sini sibuk menjejalah bumi Mesir yang penuh dengan sejarah ni. Pengalaman jaulah ke Matruh & Siwa memang tak dapat dilupakan. Pantai dia teramatlah cantik.. jernih.. subhanallah hebat ciptaan Allah. Sebenarnya muhafazah Matrouh ni merupakan yang terbesar di Mesir. Terletak di barat laut Kaherah, Matruh mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dikatakan Alexander the Great pernah singgah di Matruh dalam perjalanannya ke Oasis Siwa dan Cleopatra dikatakan datang ke Matruh untuk bersiram.

Hamam Cleopatra : Tempat Cleopatra bersiram. Mempunyai 3 pintu yang dipahat, pintu masuk, pintu di sebelah kanan; tempat air masuk dan di sebelah kiri; tempat air mengalir keluar. Sebelum berangkat untuk bersiram, Cleopatra akan meminta penasihatnya mengkaji cuaca pada hari tersebut. Terdapat kesan pahat pada dinding Hamam. Kami sempat masuk ke dalam. Memang best kalau dapat mandi kat situ. Tak hairan la Cleopatra datang dari jauh semata-mata untuk bersiram!


Pantai Cleopatra : terletak di belakang Hamam Cleopatra. Cantik.. tapi berbatu, licin pulak tu. Ombak pon agak kuat. Agak bahaya & tak sesuai untuk mandi.


Jabal Mouta : Nama pon 'Mouta' kan, of course la tempat simpan mayat, berserta dengan harta-hartanya sekali. Tapi sekarang mayatnya dah dipindahkan ke tempat lain. Harta-hartanya pulak dikatakan dicuri penjajah. Sekarang hanya ada lubang-lubang kosong tak berisi. Kalau boleh nak naik sampai ke puncak atas tu, tapi musyrif tak bagi, bahaya katanya. Di Jabal Mouta ni jugak ada satu bilik khas untuk simpan mumia. Mumia ni tak boleh disentuh dan boleh rosak kalau terkena sinaran lampu, sebab tu bilik ni tak dipasang lampu, tapi kalau terkena cahaya matahari semulajadi, takkan rosak. Dari atas, boleh nampak kota lama Siwa & kubu Iskandar (Alexander The Great)


Kota lama Siwa : tempat penempatan penduduk awal Siwa. Sekarang hanya tinggal kesan runtuhan bangunan-bangunan lama.


Pantai ‘Ajiba : Pantai penuh keajaiban. Turun je dari bas, apa lagi, aku sibuk snap sini, snap sane. View yang sangat cantik. Tapi sayang, kalau datang kena pada waktunya, dapat tengok tujuh lapisan warna..


Temple of Oracle : kuil ni jadi 'office' masa zaman perang dulu. Kami hanya boleh bergambar dari bawah sebab 'amu tu tak bagi naik atas. Ada lagi satu kuil berdekatan yang sekarang hanya tinggal bongkahan-bongkahan kayu.


Kolam Cleopatra : Sebelum turun dari bas, muysrif ada cerita kisah tragis seorang pelajar yang terjatuh ke dalam kolam sedalam 5 meter ni dan meninggal dunia. Tengah kami sibuk-sibuk bergambar, tetiba ada bunyi orang jatuh dalam kolam. Semua kaget. Sangkaan kami ada salah seorang pelajar yang jatuh. Sekali, ada orang timbul. Rupa-rupanya, 'amu arab yang terjun mandi dalam tu. Kononnye nk buat stunt la.. poyo je 'amu ni..


Tasik Garam : masa kami sampai, garamnya dah tak ada. Sikit je yang tinggal..


Jazirah Fatmas : jazirah ni ada di tengah-tengah tasik garam tadi. Kat jazirah ni ada kolam air yang lagi dalam dari kolam Cleopatra tadi.

Balik je dari Matruh, semua dah tukar warna. Sunburn!! Tapi takpe.. tu la bukti jelajah kami ke bumi Matruh & Siwa !!



Refleksi diri:.

Jam menunjukkan jam 4.57 pg, 21 Ogos 2008. Genap 22 tahun aku melihat dunia. Alhamdulillah.


Pesan apakah yang ingin Dia sampaikan dengan hadirnya tarikh ini?


Dia mengingatkanku, betapa aku sedang menghampiri titik tamat. Porsi hidupku semakin singkat berbanding tahun-tahun kelmarin. Sungguh, semakin bertambah usia seseorang maka semakin hampirlah dia dengan kematian... Sudah bersediakah aku?


Dia menyedarkan aku, betapa selama 22 tahun ini aku tidak pernah sepi dari melakukan kesalahan. Kerana aku lahir sebagai hamba bernama manusia, An-Naas yang pada fitrahnya makhluk yang sering lupa. Lupa untuk sentiasa mengingati Allah, lupa akan perintah & larangannya. Astaghfirullah..masihkah ada ampunan buatku?



Dia ingin mengingatkan aku, dari mana asal usulku. Aku pada hari ini bukanlah seperti ini 22 tahun yang lalu. Aku hanya anak kecil yang lemah & tidak berdaya untuk apa pun. Maka tidaklah wajar aku menyombongkan diri di muka bumi Allah ini.


Dia ingin mengenangkan aku terhadap dua sosok yang telah mewarnai hidupku. Dua insan yang paling istimewa dalam hidupku, mak & abah. Dua insan yang telah mencorakkan hidupku dengan seni yang cukup indah sehingga aku boleh menjadi Maimanah seperti hari ini.


Dan beruntungnya aku, kerana Dia mengingatkan aku kepada peristiwa tragis dalam sejarah Islam. Nakbah Palestin, 60 tahun yang lalu. Aku antara insan yang terpilih untuk lahir pada tanggal bersejarah ini, agar api perjuangan tidak pernah padam dalam diriku.


Terima kasih ya Allah. Beri aku kesempatan memburu redhaMu. Semoga aku lebih dekat denganMu.


Selamat Hari Lahir, Maimanah~

Aug 19, 2008

21 OGOS

AYUH SEMUA!!

Bersama-sama kita memakai pakaian

HITAM

pada 21-8-2008

bersempena

HARI AL-QUDS SEDUNIA

Sebagai tanda bantahan kita terhadap 60 TAHUN penderitaan ummat palestin

TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA!!



ADA APA DENGAN 21 OGOS? MENGAPA HARI ITU DIINGATI?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.

Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!


Risalah Pergerakan Pemuda Islam
Musthafa Muhammad Thahan
14 Momen-Momen penting dalam Sejarah pp.209

Details : LINK

Aug 18, 2008

Krisis iman

Kadang timbul rasa letih dalam berorganisasi. Timbul rasa penat dalam mengatur program-program untuk komuniti. Timbul rasa tepu memikirkan masalah dalam komuniti. Kadang terasa ingin berhenti dari semua ini & menjalani hidup yang bebas, tiada keterikatan & komitmen.

Virus FUTUR kadang kala menyerang. FUTUR bererti berputus asa & keluar dari jalan dakwah..! Na'uzubillah..

Aku kembali menyelak catatan-catatan usrahku. Aku perlu refreshment.

Kiat mencegah daripada futur

1. Menjadikan Al-Quran sebagai wirid

2. Merasai keagungan & kehadiran Allah s.w.t

3. Mendalami ilmu-ilmu syar'i

4. Mencari lingkungan/persekitaran & sahabat yang baik

5. Perbanyakkan amalan soleh
~usahakan sesegera mungkin
~konsisten & istiqamah dalam beribadat
~tingkatkan keinginan/harapan agar Allah menerima amal

6. Timbulkan rasa takut pada pengakhiran yang buruk

7. Sentiasa mengingati mati

8. Muhasabah diri, interaksi dengan hati

9. Jadikan sirah pada Nabi & sahabat sebagai penyuntik semangat.

Semuanya teori belaka. Aku perlukan kekuatan untuk mengamalkannya.

"biasanya utk saya...kalau saya cuba ikhlaskan apa saja yg saya lakukan...lebih mudah rasenya untuk menjalani...try laa..mana tahu u pun rase cam tu..."

Seorang kenalan Non-Muslim memberi sarannya. Ya, IKHLAS. Itulah kuncinya. Kunci yang sering aku gunakan setiap kali di ambang ketegangan, namun tidak pada kali ini. Kenapa?
Aku hampir terlupa di mana aku letakkan kunci ini. Bantu aku mencarinya...!

"Ya Allah yang memegang hati. Tetapkanlah hatiku dalam menjalankan ketaatan kepadaMu.."

Aug 17, 2008

[KKN 1]

Teman Baru~

Janggal rasanya bila berada di sekitar orang yang tidak dikenali. Sana sini melihat wajah-wajah baru, aku tidak kenal mereka & mereka juga lebih-lebih lagi tidak mengenal aku. Belum ada kesempatan aku berta’aruf dengan warga Desa Polewali. Biar secara rasmi mahupun tidak rasmi. Kehadiran aku & teman-teman hanya cukup di kenal sebagai anak KKN UNHAS.

Itulah yang aku alami beberapa waktu dulu. Hanya setelah dua minggu berada di bumi Pinrang ini, aku lebih mengenali mereka, terutama anak-anak desa. Ika, Ryan & Irfan menyapa aku pagi itu..

“Ke mana ki kak!?!” Teriak Ika yang sedang bermain di Sekolah Dasar. Kebetulan, aku melewati bangunan-bangunan sederhana SD Negeri 107 Bela-Belawa (Sekolah Dasar adalah setara dengan Sekolah Rendah di Malaysia, dengan 6 tingkat kelas bermula usia 6-11 tahun)

“Jalan-jalan dik..! Jalan pagi..” dengan senang hati aku membalas sapaannya. Aku terus melangkah.

“Ikut kak! Ikut..!” Sekali lagi aku menoleh. Adik-adik itu ternyata sedang berlari ke arahku.

“Oh, ayuh mi..kita jalan-jalan..” tidak dapat tidak aku harus memberikan jawapan yang positif.

Bukan tidak mahu bersama mereka, tapi sebetulnya lebih selesa untuk bersendirian. Menikmati suasana pagi yang hening. Dingin & damai.

Hmm..biarla diorang ikut. Kalau tak, sampai bila pun aku takkan kenal diorang. Senyum-senyum kambing je tiap kali selisih kat bawah rumah..

Suasana pagi di Dusun Bela-Belawa


Ika & Irfan dua bersaudara merupakan cucu Pak Imam Munir, tuan rumah yang kami duduki. Sering saja aku melihat mereka di sekitar rumah, pagi, petang, siang dan malam. Dan selama ini aku hanya tersenyum, menyapa dengan sapaan sekadarnya. Ryan juga sering bermain-main bersama, tentunya tinggal tidak jauh dari posko kami.

“Kakak rencana mau ke kuburan..” Aku memulakan perbualan.

“Mau foto ya? Cantik memang di sana kak..!” Benar, di tanganku tergenggam kemas kamera Sony Cybershot DSC-S750 dengan 7.2 mega pixels milik teman Protestantku, Jeane Fermita. Dan benar, tujuanku ke kuburan untuk ‘memburu’ pemandangan-pemandangan cantik untuk aku mengaplikasikan ilmu-ilmu iPhotoku. Tapi itu bukanlah hasrat yang utama. Papan tanda merah yang menuntun ke arah perkuburan Bela-Belawa itu benar-benar menarik perhatianku semenjak pertama kali aku melewati persimpangan itu. Terasa benar-benar terpanggil untuk berziarah ke halaman sepi itu, sekadar untuk mengingatkan diri terhadap sesuatu yang pasti aku lalui. Semua orang tahu & sedar akan kedatangan detik itu, tapi tidak banyak yang sentiasa berwaspada tentang itu. Semoga aku tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai.


Perkuburan Bela-Belawa 200 M
“Cantik ya kalau di sana..? Hmm, kalo begitu ayo kita ke sana aja” Aku masih berbasa basi dengan teman-teman baruku ini. Sulit menjelaskan kepada mereka tentang hasrat yang tersimpan di hati. Sulit menjelaskan dan sulit pula mereka memahaminya nanti. Tak perlulah aku menjadikannya terlalu kompleks. Ehe, simplify ur life!

Pagi itu kami hanya melewati beberapa petak sawah di pinggir jalan, dan bergerak kembali ke SD Negeri 107. Dan tentunya dengan beberapa picture shot!

“Hmm..di kuburan itu ada apa..?” sengaja aku memancing mereka petang itu. Kali ini, kami nekad untuk ke kuburan memandangkan hasratku pagi tadi tidak kesampaian. Tapi kelihatannya mereka masih dibayangi mitos-mitos pocong yang sinonim dengan kuburan. Mitos? Ehm, entah. Alam ghaib itu tidak aku nafikan kewujudannya, tapi aku tidak melihatnya sebagai sesuatu yang perlu ditakuti. Sebaliknya hanya pada AlKhaliq yang Maha Dahsyat siksanya yang selayaknya di takuti.

“Ada kubur, tempat orang mati, banyak..” serentak mereka bertiga menjawab. Memang kelihatan remeh pertanyaanku tadi, tapi aku cuba menyampaikan sesuatu.

“Orang-orang mati tu.. siapa saja..?” aku memancing lagi. Hasratku tidak lain hanya sekadar membetulkan persepsi bahawa kawasan perkuburan itu bukanlah sesuatu yang harus ditakutkan, sebaliknya umat Islam digalakkan menziarahi tempat persinggahan itu demi mendapatkan peringatan tentang detik yang pasti itu.

“Orang-orang mati lah! Ada mama’nya Ryan di situ..” Ika sebagai yang paling tua mewakili adik-adiknya. Oh! Aku agak terkejut. Rupa-rupanya Ryan sudah tidak beribu. Wanita itu meninggal ketika melahirkan anak pertamanya yang kini berada di sampingku. Ryan Budiawan, kini menjadi anak yatim. Lebih suram kehidupannya apabila ayahnya pula meninggalkannya untuk bersama dengan wanita yang dikira lebih pantas untuk di dampingi. Tinggallah dia bersama neneknya di desa ini. Tatkala Ika bercerita perihal Ryan, aku memandang wajah tidak bersalah itu. Ryan hanya tunduk melihat tanah. Tiada riak sedih mahupun kecewa dengan kisah hidupnya. Mungkin jiwa anak-anaknya masih belum dapat mengerti sepenuhnya akan tragedi yang melanda.

“Yang di kuburan itu semua kan manusia juga toh? Seperti kita-kita juga... Nah, kita nanti bagaimana, akan ke sana juga kan?” Aku cuba sampaikan mesej ini dengan kata-kata yang paling simple, mudah-mudahan mereka memahami maksudku.

“Jadi, tidak ada yang harus kita takutkan dik. Kita hanya perlu takut pada siapa?”

“Allah...!!” Teriakan mereka memecah keheningan petang itu.

“Ya, pintar semua...! Ayo, kita jalan lagi..” Perbualan kami terhenti seketika sedang kaki terus melangkah. Tapi entah kenapa dan bagaimana (aku pun lupe..) kami membatalkan hasrat ke kuburan, sebaliknya kami ke sawah. Kali ni, kami benar-benar masuk ke dalam, ke kawasan sawah yang terbantang luas, saujana mata memandang. Dari jalan kampung, kami melintasi denai-denai hampir 7 minit. Sambil aku mempelajari beberapa kata dalam bahasa Bugis...

Bembe = kambing
Lame = Ubi
Awu’ = Bambu
Paria = peria
Loka = pisang
Kaluku = kelapa
Bojok = Labu
Panasa = Nangka
Kaniki = Betik
Dongi-dongi = Burung
Maccule = Main-main

Di sawah, aku terpegun melihat indahnya lapangan hijau yang terbentang luas. Beberapa pohon rendang memasak di tanah, bukit-bukit tinggi kelihatan samar-samar seperti berada di hujung dunia. Mendung langit petang itu juga cukup memberikan kesan yang mendamaikan. Tenang rasa hati.

Irfan (8 tahun), Ryan Budiawan (9 tahun) & Ika (12 tahun)

Seperti seorang pelancong bersama beberapa ‘pemandu pelancong kecil’, mereka membawaku menjelajah sawah yang luas itu. Mereka menunjukkan padaku yang namanya pohon paria, pohon jambu biji (pink guava), sumur di tengah sawah dan macam-macam lagi. Ya, aku anak kota yang jarang dapat melihat semua ini. Dan aku bangga dapat menghabiskan petangku bersama mereka di tengah-tengah sawah yang menghijau ini. Puas rasanya, walaupun sudah mulai terasa letih setelah melangkah ke hampir setengah keluasan sawah. Akhirnya kami pulang menjelang Maghrib, bersama beberapa orang anak-anak desa yang kebetulan bermain basikal di jalan-jalan denai yang kami lewati.

“Dadaa.. ketemu lagi besok ya!” Aku mengakhiri pertemuan petang itu.

Demikianlah antara detik-detik pertama aku mengenali mereka. Dan semenjak itulah, lebih banyak anak-anak desa sering ke posko. Irfan, Rimba, Ryan, Idris, Ayu, Ippa, MIla dan lain-lain. Tidak seperti warga kota yang sering ku bergelut dengannya, anak-anak desa ini cukup ramah & mudah berteman. Tanah, batu & dedaun menjadi permainan mereka sehari-hari. Kehidupan mereka sehari-hari sebetulnya penuh dengan kesederhanaan, berdikari & ceria. Dan sungguh, banyak yang aku pelajari dari mereka. Tentang hidup..


Idris (7 tahun), Irfan (8 tahun) & Rimba (8 tahun) bersama teman poskoku, Mitha (belakang)

Aku sedikit kagum dengan mereka. Kagum kerana mereka anak yang berdikari. Terbiasa dengan hidup yang sederhana membuatkan mereka tidak terlalu ‘demand’, terima apa adanya. Namun ada bibit-bibit simpati dalam hatiku, mengenangkan masa depan mereka. Entah apa yang menanti mereka di hadapan, entah ada atau tidak peluang & ruang untuk mereka memperbaiki taraf kehidupan mereka. Potensi mereka besar, aku dapat melihatnya. Hanya saja mereka perlu diberikan peluang untuk menonjolkan potensi mereka.. semoga mereka kelak menjadi orang yang berguna pada agama & negara..

Yang pasti, mereka telah melakar warna dalam kehidupanku. Mereka akan menjadi sebuah sejarah dalam catatan hidupku, dan mereka akan ku rindui satu hari nanti!