Jun 29, 2008

outstation notice

Outstation - Pinrang (Kecamatan Suppa, Desa Polewali) for KKN (Kuliah Kerja Nyata);
30 June - 16 August 2008.
There will be NO POST from me within that period of time :)
JwiSa

i'm coming, PINRANG!

Jun 21, 2008

POLAROID

wadah komunikasi PKPMI seluruh Indonesia





PENGUMUMAN_PERTANDINGAN_POLAROID

A.Penulisan Karya ilmiah
-Penulisan bersifat ilmiah (fakta, analisa isu dsb)
-Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris
-Panjang karya maksimal satu halaman A4, Times New Roman 12, line spacing 1.5

B.Penulisan Karya kreatif
-Karya kreatif berbentuk puisi, cerpen, karya kritis dsb
-Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris
-Panjang karya maksimal satu halaman A4, Times New Roman 12, line spacing 1.5

C.Deskripsi lokasi menarik (Around Indonesia)
-Hebahan tentang lokasi-lokasi menarik di tempat anda (wisata, makanan dsb)
-Panjang karya maksimal satu halaman A4, Times New Roman 12, line spacing 1.5
-Disertai gambar yang berkaitan

Syarat-syarat penyertaan :
1.Terbuka kepada semua ahli PKPMI di seluruh Indonesia.
2.Memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk setiap katagori.
3.Karya hendaklah di hantar kepada wakil POLAcrew di cawangan masing-masing, sesuai dengan tarikh akhir yang ditetapkan oleh masing-masing cawangan (rujuk notis/iklan di tempat anda).
4.Anda bebas menghantar seberapa banyak karya, selagi ia merupakan karya asli dari anda. Mana-mana karya yang di dapati tidak asli akan ditolak sama sekali.
5.Keputusan adalah muktamad.
6.Karya yang terpilih akan disiarkan di Majalah POLAROID dan menerima hadiah wang tunai Rp200.000, sijil dari Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia & majalah POLAROID secara percuma untuk keluaran semasa.

Wakil POLAcrew Makassar : Nik Nor Aini '06 (085656387738)

Jun 12, 2008

Bila ia menyapa..


"Untuk makluman semua, Tok Long telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. 6.15 ptg. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.."

Sms dari Mak petang tadi benar-benar membuatkan hatiku bergetar. Sudah banyak berita kematian yang aku terima belakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap minggu.
Masanya telah sampai untuk mereka menemui Illahi. Entah bagaimana sakitnya sakaratul maut. Entah bagaimana gelapnya alam barzakh. Entah bagaimana. Entah. Tak siapa dapat menduga nasib masing-masing. Tapi sesuatu yang pasti, setiap dari kita pasti melalauinya..
Bertanyalah pada diri, apakah berita-berita kematian di sekelilingmu ini belum cukup untuk memberi peringatan kepadamu? sedarlah wahai diri, kematian itu terlalu dekat denganmu. Aku mengetahui itu, tetapi kenapa masih leka dengan urusan-urusan dunia? Kenapa masing terlalu obses mengejar nikmat-nikmat dunia? Ya Allah..sungguh aku tidak bersedia menghadapi kematian itu...
Astaghfirullah. Aku terlalu leka dengan kehidupanku sekarang, dan aku masih alpa dengan kehidupanku di sana..
Ampuni aku Ya Allah, matikan aku dalam Iman..Aamin~

Matahari masih menampakkan sinarnya~

..keadaan berubah..
..ada sinar-sinar yang berpotensi untuk di pancarkan..
..ada ruang-ruang untuk kembali menghidupkan Convention 3D tahun ini..
..bersama kita doakan..!!
Convention 3D; Doctor, Da'ie & Domesticity

Apabila menjadi mangsa 'Taggers' =D

Tagged by: Badrul Aini >> Nurul Iman

I've watched a programme at astro where a reseach has been done to see some habbits of university students and here are the top 10:

sleep
makan maggi
stay up
last minute assignment
dating
main game
tgk movie
afraid of seeing the lecturer for CH
lazy to wake from sleep
last minute study


1. Sleep
hurm. Ni mmg masalah. Suke sgt tido walaupun kadang x ngantuk. Tp satu hal yg buatkan me leh tahan tak tido adalah komitmen terhadap keje yg me suke. Cth mase Rusun Family Day last yr, sanggup x tido sbb buat slide promotion..huhu~


2. Makan maggi
oho0o..yg ni me tak termasuk kot. Amat menjauhi maggi, meneladani Along yg 'mengharamkan' makan maggi sempena nak amik SPM dulu..xbaik la utk kesihatan..



3. stay up
Yang ni..jarang jugak kot. Around kol 12 am mmg akan rasa ngantuk walaupun x tengok jam. Time to sleep!! tp klu mmg bnyk keje or nak xm, mmg kne stay up. Dengan bantuan coffee, of course!! Tp i'm prefer tido awal then bangon awal blaja :)


4. last minute assignment
Hehe..yg ni mmg suke. Ape yg rasa nak buat time tu, buat. Yang rasa xnak buat..xbuat la. Bile dah kne submit laporan baru kalut nak wat. Tp insyaAllah dlm proses memperbaiki. DISIPLIN, Maimanah!


5. dating
Dating ngan Allah, insyaAllah..


6. main game
ehm, game ape ye. Me x suke main game. Cuma ada 3 game yg akan dilayan bila boring.. solitaire, minesweeper & tetris =B


7. tgk movie
Mase skolah rendah duduk kat rumah mmg gile tgk TV. Movie ape je layan. Tp sejak duduk asrama dah jadi kontra. Tak suke. Kat UNHAS pun, x pernah tgk movie dgn tuntas (maksudnye, tgk kejap2 bila singgah bilik member tu ade la..). Tp klu tayangan movie under organized program, insyaAllah tgk je.. Me dah janji pd diri utk x tgk movie spanjang dok kat sni.. smoga kuat menahan dugaan :)~


8. afraid of seeing the lecturer for CH
CH xde kat sni, tp tiap sem kne jumpe PA (Penasehat Akademik) utk tandatangan KRS (Kartu Rencana Studi). Tak takot, tp agak leceh sbb kene cari doktor merata2..


9. lazy to wake from sleep
Ni mmg penyakit yg xpernah sembuh. Dr zaman kanak2 sampai sekarang. Cemane nak bagi sembuh aa? Kne blaja dr Khansa' laa... :)


10. last minute study
Amat tepat~especially kat UNHAS ni. Maybe sbb sistem dier kot. Bayangkan blaja everything bout Endocrine & Metabolism dlm 5 minggu je..! Tu tak tolak lg dgn minggu xm n remedial. Kapan dong mau blaja?!? * Tp sbnrnye kalau betul2 disiplin, boleh je manage time...again, DISIPLIN la Maimanah....!!


* * * * *

aik? da abes ke? hehe..10 habits je la..
kalau nak kira peratusan, 40% je yg bertepatan dgn me kot. Tp tu scare kualitatif. Secara kuantitatif agak parah rasanya.. Kne bnyk baiki diri lg nie..

p/s to KHANSA'..cepat2 buat tag nih! =P

Nak tag sape pulak yer...

1. Kak Wani
2. Khasanah
3. Firdaus Musa
4. Kak Halaa
5. Miriam

Tahniah kepada yg terpilih :)

wassalam~
.:Jwisa:.

Jun 10, 2008

Novel Spiritual~

Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa spiritual, dan sosial sekaligus? Melalui pergulatan yang panjang, pencarian melelahkan, hingga perdebatan sengit tentang eksistensi dan orientasi hidup setiap manusia di bumi ini, Vanny Chrisma W. menoreh kisah yang sangat mengharukan, mendebarkan, dan sekaligus menggugah kesadaran spiritual setiap kita sebagai anak-anak manusia yang lemah, dhaif, dan karenanya sangat membutuhkan kehadiran Tuhan dalam setiap langkah hidupnya. Ada banyak dialog dan adegen menggetirkan yang mungkin tak pernah terlintas dalam benak setiap kita, sekalipun hal-hal terebut sangat identik dengan prilaku keseharian religusitas kita. Sebuah novel inspiratif yang akan memberikan warna tersendiri bagi perjuangan peneguhan iman di hati setiap kita, bahkan di kala kita telah merasa sebagai muslim/muslimah yang kaffah (sempurna)”



Secara jujurnya, bukanlah sinopsis di belakang novel ini yang terlalu mengikat aku. Tetapi penampilan cover pagenya. Benar-benar membuatkan aku tertarik. Namun melihat kepada penulisnya, Vanny Chrisma W., aku menjadi ragu-ragu untuk membelinya. Muslimkah atau tidak penulis ini? Risau kalau-kalau ada sentimen-sentimen yang menggoyah aqidah. Sebaliknya, ada unsur Islamic yang cukup unik pada judulnya.. Hmm..setelah sejenak berfikir, akhirnya aku memilih untuk membelinya. InsyaAllah, aqidah yang terpasak tidak akan mudah tercemar.

Wo Ai Ni Allah; Sebuah Novel Pencarian Spiritual Gadis Cina. Novel merah kini menjadi milikku. Tanggal 24 Mei 2008.



Novel ini ternyata sarat dengan plot-plot kerinduan spiritual. Wajar untuk dirindui, kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah setiap manusia. Tidak dapat tidak, sapaan itu pasti kita rasai. Agak melelahkan apabila aku cuba meletakkan diriku pada watak-watak di dalamnya. Lelah kerana keadaan yang ku rasakan amat berat untuk seorang insan kecil memikulnya. Apalagi bila konflik dikocak pula dengan persepsi persekitaran yang amat menekan & kesejahteraan keluarga yang amat gersang. Namun hati kecilku amat terkesan dengan mesej yang ingin disampaikan. Yang terjadi bukan aqidah yang goyah, sebaliknya semakin teguh!


Satu lagi elemen yang turut ditampilkan dalam novel ini adalah realiti yang sedang berlaku di latar di mana kisah dalam novel ini ditulis. Di Indonesia. Kisah anak-anak jalanan. Mereka sering kali aku ketepikan bila ditagih duit di tepi-tepi jalan tanpa pernah aku mengetahui dan memahami kondisi mereka yang sebenar. Selama ini aku melihat mereka seperti anak-anak yang diperguna oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Sehingga kadang marahku pada pihak-pihak itu turut menempias anak-anak tidak bersalah ini. Kenapa tidak aku cuba lebih memahami kondisi, bahawa mereka tidak punya apa hatta untuk sesuap makanan! Mereka juga mengejar matahari~

Perjalanan kisah yang penuh tanda tanya & kekeliruan ini menjadi lebih menarik apabila diwarnai dengan ilmu-ilmu perubatan yang sedang dan telah aku pelajari. Bertepatan dengan jiwaku sebagai seorang mahasiswa perubatan. Dengan minat psikologi. Aplikasi ilmu Allah ini dianyam begitu rapi dalam setiap plot yang ditampilkan. Sekaligus membuktikan peranan seorang doktor dalam masyarakat itu bukanlah sekadar mengubati pesakit, namun juga beramanah besar dalam mengubati spiritual pesakitnya. Sungguh, ilmu perubatan itu sangat dekat dengan ketuhanan, hanya saja manusia sering menganggapnya dua hal yang berbeza.

Hidayah, petunjuk itu milik Allah. Itu pesan yang aku carik dari kisah ini. Disimpan rapi dalam kotak pengetahuanku. Bukan tidak tahu, tapi meneguhkan keyakinan. Namun harus tahu, ada porsi dari usaha kita sendiri untuk mendapatkannya. Sesungguhnya hidayah Allah itu seumpama titisan hujan. Ia pasti membasahi apa sahaja yang ada di muka bumi. Dan ia pasti mengisi tempayan-tempayan yang tertadah di bawahnya. Persoalannya hanya apakah kita membuka atau menutup tempayan itu. Tempayan yang tertutup itu pastilah tidak terisi air mata langit yang turun itu..

Aku tersenyum puas setelah segala simpulan-simpulan terungkai. Benang-benang kisahnya berjaya aku luruskan dengan pelbagai kesan dalam diriku.. Alhamdulillah, tak rugi aku membeli buku ini~

“Semua hati yang keras akan luluh oleh sebuah kata : cinta. Ini bukanlah tentang aku, kelihatannya saja begitu.”

p/s : Sesape nak baca novel ni boleh anytime pinjam. Semoga mesejnya dapat dikongsikan bersama.. :)

Jun 2, 2008

Convention 3D; punyai sejarahnya yang tersendiri

Sejarah

Beberapa pertemuan telah diatur. Semuanya demi satu matlamat. Kami mengimpikan satu medium untuk menyatukan misi-misi bakal para doktor. Doktor muslim. Yang dalam masa yang sama merupakan da’ie di dalam masyarakat, serta seorang penanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga. Tiga ‘status’ dengan bebanan tanggungjawab yang bukan mudah untuk dipikul, tetapi hakikatnya wajib dioptimalkan.

Fikiran dikerah sehabisnya. Kudrat kami bertujuh seupayanya digali. Alhamdulillah, akhirnya Allah mengilhamkan 3D kepada kami~ Doctor, Da’ie & Domesticity..

Dari sana bermulalah segala perancangan & gerak kerja. Potensi-potensi bakal doktor kami libatkan sebagai tenaga kerja. Kerja yang tidak bergaji, tapi insyaAllah menjadi modal saham di akhirat kelak. Dan dengan inizNya jua, kami berhasil menjalankan Convention 3D pada 5 Ogos 2007 dengan peserta seramai 40 orang (secara kasar). Matlamat kami tidak lain, selain memberi gambaran kepada bakal-bakal doktor demikian besarnya cabaran & tanggungjawab yang sedia menanti di hadapan. Dan bukanlah bengis cabaran itu yang satu-satunya kami ingin sampaikan, tetapi yang lebih penting adalah persediaan. Siaga menghadapi apa sahaja mehnah yang mendatang. Sudah bersediakah anda?

Terima kasih terutama buat Dr Latiff sebagai pimpinan di Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) & CUCMS sendiri. Terima kasih buat mak & abah atas sokongan padu antum. Sekalung penghargaan buat sahabat-sahabat AJK. Dan tentunya setinggi-tinggi syukur buat Zat yang selayaknya mengatur segala isi alam. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Telah tersurat

2008. Convention 3D sekali lagi cuba diketengahkan. Hasrat pimpinan untuk menjadikan ia suatu aktiviti tahunan kami sahut. Semoga saban tahun ia dapat memberi manfaat kepada bakal pemegang profesi doktor ini. Ahli jawatankuasa baru mula terbentuk. Kepada adik-adik pewaris, kami serahkan mandat untuk mengatur convention kali ini. Seperti dahulunya, pertemuan demi pertemuan telah di atur. Pemilihan tarikh, penyusunan acara, penaja, promosi, dan segalanya telah dirancang malah telah dilaksanakan sebahagiannya. Dari wajah-wajah mereka aku dapat menyaksikan motivasi. Semangat. Dedikasi. Sama-sama meletakkan optimisme dalam kerja masing-masing.

Namun satu hal yang perlu aku & kalian juga tahu. Sudah tahu, tapi mungkin perlu diingatkan. Jalan kebaikan itu tidak pernah sunyi dari duri-duri & ranjau. Tidak semudah A, B dan C. Ia menuntut pengorbanan tenaga, waktu mahupun wang (rupiah/ringgit). Mungkin juga emosi. Dan itulah yang membuatkan hasilnya lebih bermakna, insyaAllah~

Yang Teratas mula bersuara. Kalian merancang, Aku jua yang menentukannya. Dari segala permasalahan yang timbul, akhirnya kalian terpaksa akur. Hambatan waktu menyebabkan perancangan Convention 3D kali ini terpaksa di tunda, mungkin ke tahun berikutnya. Ada beberapa hal yang mungkin agak mencuri waktu sehingga pelaksanaan convention ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirangcang.
"Ya Allah, kami mohon hidayahMu dalam memutuskan hal ini..”

InsyaAllah, semoga ini yang terbaik. Yakinlah apa yang berlaku ini adalah yang terbaik buat antum semua. Juga untuk seluruh warga Convention 3D.

2nd Convention 3D; waktunya belum tiba tetapi pasti ada.

Semoga berjumpa di 3D yang akan datang, insyaAllah